Takut.
Sebelum ini, dalam situasi seperti ini, aku tidak takut untuk menyuarakan pendapatku. Tetapi kebelakangan ini, aku dah mula takut. Aku tak berani. Aku mula merasakan bahawa pendapatku tidak diterima oleh orang disekelilingku. Aku takut. Aku takut jika pendapatku hanya akan membawa kepada kemarahan orang lain.
Kadang aku rasa diriku tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat. Maksud aku, setiap kali aku ingin menyuarakannya, pasti ada yang membangkang malah aku merasakan seperti dimarah. Seperti dibenci. Adakah aku tidak berhak untuk bersuara?
Hm itulah manusia. Tidak lari daripada melakukan kesalahan. Tidak lari daripada sifat memeentingkan diri sendiri. Aku mengaku diriku juga begitu.
Aku pasti semua orang pasti ada perasaan seperti itu. Tipulah jika mengatakan bahawa tidak pernah sekali dalam hidup kita berfikiran seperti itu.
Sungguh berapa banyak kali pun kita cuba untuk memahami seseorang itu, kita tidak akan dapat fahami diri mereka dengan sepenuhnya. Kadang kita kena sedar bahawa ada batasnya.
No matter how hard we try to understand or to convince that we understand someone, we will NEVER get to understand them fully. 'Cause basically people DO NOT just tell someone EVERY SINGLE THING about their life. So please don't. Only Allah understands me as He knows every single thing about me and about what I've done in my life.
Ya, mungkin kita boleh memahami mereka. Tapi tolong ingat bahawa pasti ada masanya yang kita tidak akan dapat fahami apa yang mereka rasakan. Kita tidak boleh menganggap bahawa setiap orang mempunyai fikiran seperti kita. Kita tidak boleh menganggap bahawa setiap orang mempunyai perasaan yang sama seperti kita. Tolong. Please take note.
Baiklah, sebelum itu, aku ingin meminta maaf kepada semua jika aku pernah membuat salah dan jika ada yang terasa dengan entri pada kali ini.
Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
Monday, 17 November 2014
Sunday, 16 November 2014
#46
As we grow older, we tend to realise many things about life which we have never realised before. We learn about the beauty of life itself. We learn about the uniqueness in living, the uniqueness of life.
Always be grateful with what we have and say alhamdulillah.
"Life is fair because it is unfair to everyone."
Pepatah ini tidak boleh ditafsirkan terus. Kerana jika kita menafsirnya terus, ia akan bermaksud 'kehidupan ini adil kerana ia tidak adil pada semua orang'. Tafsiran ini adalah salah kerana sesungguhnya kehidupan ini adil. Allah yang menentukan kehidupan kita.
Sebelum ini aku menganggap bahawa itulah maskdu pepatah diatas. Tetapi hanya sekarang, aku faham erti sebenarnya. Kehidupan ini adil kerana setiap orang merasakan bahawa kehidupan ini tidak adil kepada mereka, walaupun hakikatnya kehidupan ini adil. Mengapa orang merasakan begitu?
Sebagai contoh, bayangkan terdapat dua buah keluarga. Yang pertamanya, mereka merupakan keluarga yang kurang berkemampuan manakala yang kedua, mereka merupakan keluarga yang diberi kesenangan. Walaupun begitu, jika dibandingkan antara dua buah keluarga ini, didapati bahawa keluarga yang kurang berkemampuan itu lebih bahagia.
Berdasarkan contoh di atas, dapat kita lihat bahawa mereka akan merasakan kehidupan ini tidak adil kerana sebuah keluarga tidak mendapat kesenangan dan sebuahnya lagi tidak mendapat kebahagiaan. Nampak tak bahawa sebenarnya kehidupan ini adil? Ketahuilah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Allah itu Maha Adil. Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Semua dalam dunia ini adalah kepunyaan Allah. Segalanya hanyalah pinjaman bagi kita. Kadang kita akan merasakan seolah-olah kita ini tidak pernah diberi apa yang dikehendaki. Tapi ingat banyak kurniaan Allah yang telah diberikan kepada kita. Bersyukur dengan apa yang kita ada, dan in shaa Allah walaupun sedikit, kita akan merasakan bahawa kurniaan Allah itu amat banyak.
Ingatlah bahawa Allah sentiasa berlaku adil terhadap hamba-hambaNya. Maka mari kita sama-sama bersyukur dan mengucap Alhamdulillah.
Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
Friday, 14 November 2014
#45
Butir-butir permata mula jatuh, mengalir, menuruni pipinya, tanpa disedari. Dia mengesat air matanya dengan lengan baju. Pada mulanya, hanya sedu-sedan yang kedengaran, namun lama kelamaan, ia semakin lebat. Menjadi esakan yang mengandungi seribu satu rasa yang dipendamnya sebelum ini.
Dia melihat dan meneliti dirinya dalam cermin.
Dia melihat dan meneliti dirinya dalam cermin.
Ya Allah, kenapa sayang? Kenapa?
Air matanya masih berlinang, walaupun hatinya mengatakan jangan.
Adakah ia tidak mustahil?
Untuk membenci seseorang yang kita sayangi, tetapi masih tidak boleh melepaskannya pergi?
Dia menarik nafas dalam sambil menutup matanya.
Kau boleh sayang. Kau tabah.
Hembus.
-A.I-
#44
"Entah lah ma. Adik pun tak tau."
"Ala, lama lagi lah. Ada masa lagi untuk fikir betul-betul."
"Hm tau. Memang lama lagi. Tapi kan kena fikir dari sekarang. Sebab kena
prepare lagi."
"Memang. Tapi jangan fikir semua sekali terus. Fokus dengan yang sekarang so senang nanti."
"Hm, okayokay. Tapi macam mana dengan preparation bagai tu?"
"Tu nanti ask around je lah."
"Tapi kan ma, adik takut adik tak mampu lah. Macam banyak sangat je."
"Takpe, take it one at a time. Ala, tapi not necessary to be jauh sana. Australia okay apa."
"Hm Australia... Ha ah eh. Macam okay jugak. Hm tapi takpe lah.
Tengok je lah apa yang akan jadi nanti."
Aku takut aku tak mampu. Aku takut aku tak boleh. Aku takut kalau terlalu banyak. Aku takut. Tipulah kalau kata aku tak nak. Memang keinginan menjejak ke tanah asing untuk menyambung perjalanan aku itu ada. Aku nak sangat. Tapi bila difikirkan semula, adakah aku mampu untuk mengharungi segalanya? Dari persediaan hingga apabila sudah disana? Entah lah.
Tak apa lah anis. Sekarang fokus untuk apa yang akan datang ni. SPM tahun depan. Jangan bazirkan masa dah.
Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
Wednesday, 12 November 2014
Kawan
Aku tak nak.
Ya, memang disebalik setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tapi aku tak nak. Tolong. Jangan pergi.
Aku sayang kalian. Sungguh aku tak nak kita berpisah. Aku nak kita harungi tahun yang akan datang ini bersama. Aku tak nak kehilangan insan-insan ini, ya Allah. Aku sangat sayangkan mereka. Memang ada masanya yang aku rasa hendak marah, ada masanya yang kita bergaduh dan sebagainya. Tapi itulah yang membuat kita lebih rapat. Itulah yang merapatkan hubungan antara kita semua.
Aku tidak boleh membayangkan bagaimana rasanya tanpa insan-insan ini disisi. Mungkin lama-lama, perasaan itu akan pergi. Mungkin kita akan move on, tapi ia tetap lain. Everything is gonna be different.
Untuk kau,
Walaupun kita tidaklah rapat mana, tapi aku rasa hanya dengan kau aku dapat berkongsi. Antara semua, honestly aku rasa kau yang selalu mendengar. Kadang kalau bosan, we talk about life. We talk about life experiences and what they taught us. Sungguh aku akan rasa sangat gembira. Walaupun aku selalu bercerita dengan orang lain, aku rasa dengan kau aku paling seronok. Because most of the time, aku rasa we share the same understanding. I mean, most of the things that i feel or think, are quite similar to yours. Kau yang paling banyak faham aku.
Memang kadang tu, aku geram sebab kau cepat marah. Hehe. Tapi aku faham. Aku faham kenapa kadang tu kau macam tu.
Hm tapi aku tak mampu untuk melakukan apa-apa. Ini hidup kau and you decide on the routes of your life journey. Moga apa jua pilihan yang kau lakukan ia terbaik bagi kau. In shaa Allah ^^
Tapi apa pun, aku nak kau tau yang kau merupakan antara insan-insan yang paling bermakna dalam hidupku. I'm not only saying this but i mean it. So whatever it is, may this friendship last till Jannah.
Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
"Allah knows what's best for you."
#42
Perempuan.
Lembut. Sopan. Malu. Cantik. Indah. Terpelihara.
Memang diciptakan seorang yang lembut hatinya. Seorang yang mudah cair. Tetapi ada juga yang kuat. Yang tidak mudah jatuh.
Fitrah.
Ia merupakan suatu fitrah untuk lahirnya suatu perasaan itu. Tidak salah. Sungguh ia tidak salah. Kerana ia merupakan fitrah. Tetapi kawal. Kita harus kawal perasaan itu. Seorang perempuan yang baik, yang kuat pasti dapat mengawalnya.
Tetapi suatu perkara yang ku kurang faham.
Berkenaan diriku.
Mengapa diri ini terlalu mudah untuk dibaca? Mengapa? Mungkin kerana aku mencoret. Mungkin kerana aku sering meluahkan segalanya di dalam blog ini. Mungkin.
Tapi...
Dah memang di sinilah tempat untuk aku melepaskan segalanya. Apa yang aku mampu buat? Berhenti menulis? Boleh. Tapi aku mampu ke buat begitu?
Sebab-sebab aku menulis adalah kerana aku ingin meluahkan apa yang berada dalam hati aku. Dan kedua adalah sebab aku berasa seronok. Sungguh aku enjoy menulis segala yang terbuku dalam hati. Aku dapat merasakan suatu kepuasan untuk dapat melepaskan segalanya.
Hm tapi... tak mengapa lah. Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
Tuesday, 11 November 2014
#40
Kegembiraan.
Aku gembira.
Aku rindu.
Akhirnya dapat aku melepaskan rindu.
Telah agak lama aku tidak jumpa mereka.
Aku sangat gembira apabila dapat berjumpa dengan mereka. Banyak perkara yang berada di otakku. Tambah lagi dengan minggu peperiksaan yang sedang kulalui. Aku sangat serabut. Aku tak tau kenapa. Tapi aku benci diri aku. Kebelakangan ini aku terlalu lemah. Aku tidak mampu untuk mengawal empangan mataku. Aku sendiri tidak faham dengan diri aku.
Tapi setelah aku dapat berjumpa dengan mereka, hatiku semakin tenang. Aku gembira. Aku dapat melepaskan segalanya dengan bergelak ketawa. Aku rindu semua itu.
Tidak mengapa anis. Lagi dua minggu. Lagi dua minggu. Kau boleh hadapinya. Selepas itu, kau dah boleh bergembira. Kau dapat luangkan masa kau dengan mereka. Walaupun mereka itu tidak akan lengkap, namun aku dapat merasakan bahawa ia akan cukup untuk kau pulihkan diri kau. Tak mengapa kau akan berjumpa dengan semunya juga nanti.
Sabar sayang. Sabar.
Moga Allah memberkati. Assalamualaikum.
-A.I-
Saturday, 8 November 2014
Rindu
Sedih?
Sedih.
Lonely?
Lonely.
Macam tak ada siapa yang kisah?
Macam tak ada siapa yang kisah.
Allah rindu tu.
Allah rindu?
Ye lah. Allah rindu. Dia sengaja bagi kau rasa macam tu. Sebab bila kau rasa macam tu, baru kau akan pergi ke Dia. Dia rindu kau. Dia nak kau datang ke Dia sebab tu Dia buat macam tu.
*senyap*
Ya Allah...
Moga Allah memberkati.
-A.I-
#39
Perasaan.
Apa yang aku rasakan sebenarnya? Betul ke? Atau hanya aku yang berfikiran begitu.
Tapi aku mengaku. Kebelakangan ini memang aku cepat rasa menyirap dengan orang. Aku cepat rasa ingin marah.
Ya Allah, Kau lembutkanlah hatiku ini.
Tapi... Kebelakangan ini juga aku sering merasakan seperti mereka benci aku. Seperti mereka tidak menyukai aku.
Setiap kali aku berkata-kata, pandangan yang diberi bagaikan mereka tidak bersetuju denganku. Bagaikan mereka menyampah dengan aku.
Atau adakah semua ini hanya perasaan aku semata-mata? Entah. Hm.
Aku pun tak tau. Tapi sekarang ni kepala aku hanya memikirkan tentang cuti! AKU NAK BALIK! Aku nak cepat habiskan dua minggu ini. Hm tak mengapa lah anis ilyana. Kau tunggu je. Sabar eh? Kau kuat. Lagi dua minggu je. In shaa Allah.
Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
#38
Harapan.
Aku takut.
Aku takut kalau aku akan menghampakan mereka. Aku tak nak perkara itu berlaku.
Harapan terlalu tinggi?
Entah. Aku pun tak tau.
Kadang itulah yang aku rasa. Tapi bila difikirkan semula, mereka takkan letak harapan tersebut kalau mereka tau aku tak boleh. Mereka yakin bahawa aku mampu untuk melakukannya.
Tapi kenapa aku sendiri yang tak yakin dengan diriku?
Eh kejap kejap. Siapa kata kau tak yakin?
Sebenarnya kau yakin je. Serius tak tipu. Cuma ada satu je masalah kau. Sikap malas kau tu.
Sebenarnya kau tu yakin je. Aku tau kau yakin tapi itulah masalah dia. Kau pemalas. Kau masih tak sedar yang kau dah tak boleh main-main dah. Kau dah kena fikir tentang masa depan kau.
Kau nak berjaya kan?
Siapa je tak nak berjaya...
Tapi syarat untuk berjaya, kau kena buang sikap malas kau! Buang jauh-jauh!
Fokus dalam pelajaran kau! Mana yang tak penting tu, kau buang jauh-jauh. Belum masanya lagi.
Dan jangan lupa, jaga hubungan kau dengan yang Maha Esa. Jaga hubungan kau dengan Dia.
Sekian. Peringatan dan nasihat buat semua dan diri ini yang selalu lupa dan leka. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
Wednesday, 5 November 2014
sabr
Sabr. Sabar. Sabar ye anis.
Sejak kebelakangan ini, aku mula nampak. Sebelum ini aku tidak nampak. Aku bersyukur sangat.
Sebelum ini, Allah sentiasa bantu aku. Tapi aku tak pernah sedar. Aku tak pernah nampak. Tapi kebelakangan ni, memang benar. Aku betul-betul nampak. Baru aku sedar bahawa selama ini Allah sentiasa disisiku. Allah sentiasa bantu aku. Allah sentiasa lindungi aku. Tapi aku tak pernah sedar. Sekarang baru nak sedar.
Astaghfirullah.
Mungkin sebab aku tak pernah rasa seteruk ini. Mungkin sebab sebelum ni aku tak pernah selemah ini. Mungkin sebab aku tak pernah rasa seserabut ini. Ya. Mungkin. Semuanya mungkin.
"Kau rasa sedih ke, gembira ke, pelik ke, apa ke, satu tempat je yang kau boleh cari jawapannya, al-Quran. Semua jawapan kepada persoalan kita semua ada dalam kitab tu. SEMUANYA. Tiada yang terkecuali."
Hm. Dah lama. Aku mengaku. Dah lama aku tak pegang dan betul-betul meluangkan masa aku untuk membacanya.
Apa nak jadi anis? Kau dah kritikal sangat ni. Dah tahap kronik dah ni. Dah teruk sangat dah ni! Kau sedar tak anis? Kau sedar tak?!
Huh. Buat apa cakap kat sini panjang-panjang, kalau kau masih tak sedar? Pelik lah kau ni. Manusia jenis apa pun aku tak tau.
ALLAH T.T

exam ^^
Alhamdulillah. Akhirnya...
Aku lega.
Walaupun sebenarnya belum habis, yang penting sejarah dah habis! Lega! Kali pertama kami menduduki untuk sejarah kertas 3, mahu tidaknya takut. Gementar. Cuak. Tapi alhamdulillah. Akhirnya dah habis!
Sekarang tinggal subjek-subjek sains, matematik, bahasa antarabangsa, pendidikan agama islam, pendidikan jasmani dan.............. LINEAR ALGEBRA!
YAY =_="
Aku tak tau mengapa tapi tiap kali peperiksaan, memang subjek yang aku paling ingin cepat habiskan ialah sejarah. Dan setiap kali habis kertas sejarah, aku akan sangat lega XD
Hm baiklah. Sekian itu sahaja. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.

Monday, 3 November 2014
#35
Ingatlah.
Disebalik setiap perkara yang terjadi,
Ingatlah bahawa ada hikmahnya.
"Behind every cloud is a silver lining."
Percayalah bahawa jika ia tidak seperti apa yang dijangka atau seperti apa yang diinginkan, Allah lebih mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Allah Maha mengetahui. Ingat anis!
Anis, sayangku, kau kena ingat tau. Jangan lupa. Allah sayang akan hambaNya. Pintu taubatNya sentiasa terbuka untuk kau. PerlindunganNya untuk kau akan sentiasa wujud. Tapi satu perkara. Kau kena selalu ingat Dia. Kau tak boleh lupakan Dia. Dia selalu ingat kau tapi kenapa kau selalu lupa Dia?
Taubat anis taubat.
Kau sakit. Kau selalu jatuh. Tapi kenapa kau selalu lupa juga?
Hm. Sayangku anis ilyana. Ingat tau. Jangan lupa. Hm kau kuat. Aku yakin kau kuat. Tapi kena ingat kau kuat mana pun, Allah yang bantu kau. So selalu ingat tau. Allah itu segalanya. Ingat tau anis. Sekian.
Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.

#34
Kata.
Disebalik kata.
Disebalik setiap kata, pasti ada makna.
Sama ada tersurat mahupun tersirat. Sungguh aku tak tau. Aku tak tau bagaimana nak melihat maksud yang tersirat.
Hm. Ye ke? Sebenarnya bukan tak tau, cuma takut. Aku takut. Aku tak berani nak tafsir apa yang dimaksudkan disebalik setiap kata. Mungkin kerana aku dah serik.
Setiap kali aku cuba untuk mencari apa yang tersirat itu, aku akan sakit. Setiap kali aku jumpa apa yang tersirat itu, aku akan mula percaya. Tapi selepas itu, aku akan sakit. Sebab setiap kali, perkara yang aku tafsirkan dan percaya itu bukan yang sebenar. Bukan perkara yang betul. Dan aku sakit disebabkan itu.
Oleh itu, apabila mereka mengatakan apa yang mereka rasakan, sungguh aku juga berfikiran begitu. Tapi aku tak nak percaya. Sebab aku dah serik. Aku dah tak nak. Terima kasih je lah.
Tapi sebenarnya itu juga menyakitkan. Sebab aku tak nak percaya tapi ada sesuatu dalam diri yang bagaikan menarik dan memaksa untuk aku percaya. Hm
Pelik kan?
Tak mengapa. Abaikan sahaja. Sesungguhnya apa yang aku katakan ini tak penting pun sebenarnya. Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.

#33 pesanan
Peperiksaan.
Aku takut, Aku belum bersedia. Aku takut aku tak mampu.
Terlalu banyak perkara.
Serabut.
Kehidupan ini penuh dengan ujian dan dugaan. Termasuklah peperiksaan sekolah! Ia suatu ujian! XD
Sungguh aku penat. Dah berapa minggu asyik tidur lewat.

"Apa tidur lambat ni? Nanti ada sekolah kan. Penat. Exam pula nak dekat.
Buat apa lambat-lambat tu? Kena tidur awal.
Nanti masa exam ngantuk. Jangan tidur lambat sangat tau. Exhausted sangat nanti."
*senyum*
Insan yang paling bermakna dalam hidupku mula berkata. Sungguh aku rindu. Aku rindu masa ku kecil dahulu, aku belum faham erti dugaan hidup itu. Aku hidup bagaikan tiada masalah. Maklumlah masih berfikiran kanak-kanak.
Tetapi kini,
"Mama, serabut sangat ma. Banyak kerja tak siap lagi.
*senyap*
*tahan nangis*
Dengan exam lagi. Penat lah."
"Take it one at a time. Jangan fikir banyak sekali terus. Selesaikan satu per satu.
Baca doa yang mama bagi tu."
Banyak perkara yang aku mula lalui dan aku tidak sanggup.
Hah. Baru sedikit tapi dah tak sanggup. Macam ni kau nak pergi overseas? Betulkan diri kau tu dulu. Muhasabah diri. Selalu post cakap muhasabah diri, muhasabah diri. Tapi kau buat tak? Kau betul-betul buat? Hmmph. Jaga diri kau tu. Jaga iman kau tu. Aku tengok macam semakin menurun je.
Astaghfirullah.
"Anis ilyana !!!"
"Jaga aqidah elok2 tau!"
In shaa Allah.
Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
#32
1 November 2014.
Malam yang sangat bermakna. Malam dimana hati ini sehinggakan tidak terkata apa-apa. Malam dimana aku mula sedar betapa aku sangat sayang akan mereka semua. Betapa aku memerlukan mereka dalam hidupku. Betapa aku bersyukur dengan kehadiran mereka dalam hidupku.
Aku mengaku. Sepanjang aku hidup, beberapa persahabatan dengan insan-insan di dunia ini telah dijalinkan. Tetapi antara semua itu, mereka ini lain daripada yang lain. Mereka ini bukan seperti yang lain. Aku kurang pasti kenapa tetapi begitulah. Aku kurang pasti bagaimana tetapi begitulah.
Aku dapat merasakan sesuatu yang berbeza dalam persahabatan ini. Sesuatu yang tiada dalam persahabatan yang lain.
Kasih sayang.
Kasih sayang yang sebenar.
Mungkin.
Tetapi mungkin juga kerana jumlah kami yang sedikit yang membolehkan kami untuk lebih rapat dan lebih memahami antara satu sama lain.

Sungguh aku sayang mereka. Walaupun ada masa dimana aku merasakan panas di hati, sayangku kepada mereka tidak akan padam.
Moga persahabatan ini kekal ke Jannah. In shaa Allah :')
Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
Subscribe to:
Posts (Atom)