Takut.
Sebelum ini, dalam situasi seperti ini, aku tidak takut untuk menyuarakan pendapatku. Tetapi kebelakangan ini, aku dah mula takut. Aku tak berani. Aku mula merasakan bahawa pendapatku tidak diterima oleh orang disekelilingku. Aku takut. Aku takut jika pendapatku hanya akan membawa kepada kemarahan orang lain.
Kadang aku rasa diriku tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat. Maksud aku, setiap kali aku ingin menyuarakannya, pasti ada yang membangkang malah aku merasakan seperti dimarah. Seperti dibenci. Adakah aku tidak berhak untuk bersuara?
Hm itulah manusia. Tidak lari daripada melakukan kesalahan. Tidak lari daripada sifat memeentingkan diri sendiri. Aku mengaku diriku juga begitu.
Aku pasti semua orang pasti ada perasaan seperti itu. Tipulah jika mengatakan bahawa tidak pernah sekali dalam hidup kita berfikiran seperti itu.
Sungguh berapa banyak kali pun kita cuba untuk memahami seseorang itu, kita tidak akan dapat fahami diri mereka dengan sepenuhnya. Kadang kita kena sedar bahawa ada batasnya.
No matter how hard we try to understand or to convince that we understand someone, we will NEVER get to understand them fully. 'Cause basically people DO NOT just tell someone EVERY SINGLE THING about their life. So please don't. Only Allah understands me as He knows every single thing about me and about what I've done in my life.
Ya, mungkin kita boleh memahami mereka. Tapi tolong ingat bahawa pasti ada masanya yang kita tidak akan dapat fahami apa yang mereka rasakan. Kita tidak boleh menganggap bahawa setiap orang mempunyai fikiran seperti kita. Kita tidak boleh menganggap bahawa setiap orang mempunyai perasaan yang sama seperti kita. Tolong. Please take note.
Baiklah, sebelum itu, aku ingin meminta maaf kepada semua jika aku pernah membuat salah dan jika ada yang terasa dengan entri pada kali ini.
Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
No comments:
Post a Comment