Wednesday, 12 November 2014

#42

Perempuan.

Lembut. Sopan. Malu. Cantik. Indah. Terpelihara. 

Memang diciptakan seorang yang lembut hatinya. Seorang yang mudah cair. Tetapi ada juga yang kuat. Yang tidak mudah jatuh. 

Fitrah.

Ia merupakan suatu fitrah untuk lahirnya suatu perasaan itu. Tidak salah. Sungguh ia tidak salah. Kerana ia merupakan fitrah. Tetapi kawal. Kita harus kawal perasaan itu. Seorang perempuan yang baik, yang kuat pasti dapat mengawalnya.

Tetapi suatu perkara yang ku kurang faham.

Berkenaan diriku.

Mengapa diri ini terlalu mudah untuk dibaca? Mengapa? Mungkin kerana aku mencoret. Mungkin kerana aku sering meluahkan segalanya di dalam blog ini. Mungkin. 

Tapi...

Dah memang di sinilah tempat untuk aku melepaskan segalanya. Apa yang aku mampu buat? Berhenti menulis? Boleh. Tapi aku mampu ke buat begitu?

Sebab-sebab aku menulis adalah kerana aku ingin meluahkan apa yang berada dalam hati aku. Dan kedua adalah sebab aku berasa seronok. Sungguh aku enjoy menulis segala yang terbuku dalam hati. Aku dapat merasakan suatu kepuasan untuk dapat melepaskan segalanya. 

Hm tapi... tak mengapa lah. Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.

-A.I-

No comments:

Post a Comment