Aku yakin.
Inginku ceritakan peristiwa yang telah berlaku pada dua hari yang lepas. Peristiwa yang tidak kusangka akan berlaku. Peristiwa yang agak mengejutkan. Peristiwa yang telah menyentuh hatiku. Jangan tanya kenapa kerana sungguh aku tidak tahu bagaimana hendak menerangkannya.
Pada mulanya, aku pelik. Aku hairan. Kenapa dia ada disini? Lalu aku bertanyakan soalan itu kepadanya. Lalu dia menjawab, "Saya nak join kelas PAI korang."
Mendengar jawapannya itu, aku terkejut. Kerana dia itu merupakan seorang non-muslim. Tiba-tiba suatu perasaan yang aku kurang pasti datang menyelusup dalam diriku. Sedih? Eh tak. Terharu? Hm macam tak. Tersentuh? Hm macam tak juga, tapi boleh lah. Aku tak tahu bagaimana hendak menerangkannya. Aku sendiri kurang pasti. Tetapi aku merasakan sangat gembira. Sangat teruja. Seperti ingin menangis. Menangis kerana... aku tak tahu. Tetapi begitu lah.
Walaupun dia hanyalah menyertai kelas kami, tetapi aku masih teruja. In shaa Allah, aku yakin dengan Allah. Hidayah itu milik Allah S.W.T. Tetapi in shaa Allah dengan doa yang berterusan, tidak mustahil bagi Allah untuk mengabulkan doa itu. In shaa Allah.

Tetapi selain itu, penting juga bagi kita untuk menjadi contoh yang baik untuk membimbing. Ia akan memberi gambaran betapa indahnya Islam itu. Sesungguhnya, kita sebagai umat Islam bertanggungjawab untuk menunjukkan ke sucian dan keindahan agama Islam itu.
Oleh itu, mari kita panjatkan doa agar dia diberi hidayah. In shaa Allah. Sekian itu sahaja.
Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-