Sunday, 19 October 2014

#18

Tafsiran. Luaran. Dalaman. Diri. Manusia.

Kita tidak boleh menafsir seseorang itu melalui luarannya sahaja. Ini mungkin akan kelihatan klise, tetapi klise itulah yang disetujui oleh orang ramai.

"Dont judge a book by its cover."

Ya, kita boleh memberi first impression. Tetapi jangan menggunakan first impression tersebut untuk terus menilai diri mereka. Kerana sesungguhnya kita tidak boleh terus menilai diri atau personaliti seseorang itu tanpa mengenal mereka terlebih dahulu.

Kita tidak boleh menilai aksi atau perbuatan seseorang itu tanpa mengetahui tujuan dan kisah disebaliknya. Seperti apa yang pernah dikatakan oleh seorang insan dalam hidupku, disebalik setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada tujuannya. Tiada sesiapa yang akan melakukan sesuatu perkara tanpa apa-apa tujuan. Sekecil atau seremeh mana pun perkara tersebut, kita pasti ada sebab untuk melakukannya. 

Oleh itu, haruslah kita ingat bahawa luaran itu buka segalanya. Penampilan dan perlakuan tidak menceritakan atau menentukan segalanya tentang seseorang itu. Maka, marilah kita sama-sama renungkan perkara ini dan cuba untuk memperbaiki diri. Nasihat dan peringatan buat semua dan juga diri yang sering lupa dan leka.

Assalamualaikum dan terima kasih. Moga Allah memberkati.

-A.Q-

No comments:

Post a Comment