Penat.
Semua orang berkata sedemikian. Semua orang mengatakan bahawa mereka penat. Penat. Penat. Penat. Ya, memang dah jemu. Asyik perkataan yang sama aku lihat. Penat. Tetapi itulah. Memang tidak boleh dielakkan. Memang semua orang penat. Aku juga penat.
Semua penat tetapi semua penat disebabkan perkara yang berlainan.
Aku penat. Aku mula menyedari semua yang seharusnya aku sedari sejak dulu lagi. Aku mula menyedari erti dan kesan setiap perkara yang aku lakukan. Aku mula menyedari kegunaan setiap tidakan yang aku ambil.. Aku mula menyedari kepentingan setiap perkara atau tindakan yang aku lakukan.
Aku letih. Aku ingin berubah. Aku ingin melupakan segalanya. Aku ingin membuka buku yang baharu. Aku ingin membina semula diriku. Aku ingin hidup kembali. Aku ingin memulakan segalanya semula.
Aku penat. Aku sudah tidak mahu melawan. Ya, memang susah. Aku juga tidak yakin bahawa adakah aku mampu membuat sedemikian. Tetapi aku akan cuba kerana aku sudah letih. Aku letih dengan segala perkara ini. Aku tidak mahu perkara dulu berulang lagi. Kerana aku merasakan bahawa segalanya hanyalah sia-sia. Semuanya hanyalah membazirkan masa. Apa gunanya jika ia tidak memberi apa-apa kesan? Segala-galanya hanyalah sia-sia. Tiada makna. Hanya membazir tenaga.
Susah. Sangat susah. Segala usaha yang dilakukan hanyalah........sia-sia.
Assalamualaikum dan terima kasih.
-A.Q-
No comments:
Post a Comment