Wednesday, 22 October 2014

#22

"Aku tak tau lah. Mungkin ada yang berpendapat kalau kita tweet kat twitter, benda tu offensive. Ya lah, sebab kalau kat twitter memang sah-sah lah orang akan baca. Tapi contoh macam blog, pada pendapat aku kan, kalau ada orang post something kat blog dia, aku tak setuju dengan mereka yang akan marah atau tak puas hati. Sebab bagi aku, tu hak dia. Privacy dia. Sebab kalau blog, lain daripada twitter. Blog tu macam enclosed sikit. Bukannya ramai orang baca, dan benda tu bukannya macam twitter. Ada kat timeline, kena baca. Tak. Blog tu tempat dia nak tulis. And kalau tak puas hati, jangan baca. Tapi tu pada pendapat aku lah. Aku tak tau lah kalau orang lain berpendapat lain."

Ya, ni pendapat aku. Dan aku rasa mesti ada juga yang berpendapat sebegini walaupun mungkin tidak semua atau tidak ramai. Oleh itu, disini ingin aku  menyuarakan pendapat ini. pendapat aku dan sesetengah yang lain.

Menyuarakan pendapat. Mengapa ia sangat penting? Mengapa? Perlukah kita menyuarakan pendapat? Apa faedahnya?


Masing-masing ada pendapat masing-masing. Tidak kira berkenaan apa-apa sahaja. Sebagai contoh,

4+5=9

tetapi ingat

6+3

juga bersamaan dengan 9.

Lain orang mempunyai cara dan pendapat masing-masing. Oleh itu, kita haruslah menghormati pendapat orang lain. Jangan ingatkan bahawa hanya diri kita yang betul dan orang lain salah.
Ya, ada kemungkinan yang kita betul dan mereka salah. Tetapi ada juga kemungkinan yang mereka betul dan kita salah. Oleh itu, kita haruslah memberi semua orang peluang untuk menyuarakan pendapat mereka. Sekian terima kasih ~~~

Assalamualaikum.

-A.Q-

No comments:

Post a Comment