"Ish, aku tak suka lah bila dia macam ni. Kenapa macam ni?"
"Ada lah tu."
"Ish, tapi aku tak suka. Kenapa dia tak macam selalu?"
"Dia ada masalah lah tu."
"Ala, tapi tak payah la macam ni. Jangan la macam nak marah je."
"Oh, tapi kau boleh pulak? Kau yang selalu macam moody je, boleh pulak?"
*sentap*
Bersalah. Aku rasa bersalah.
Aku tak suka bila orang lain buat tapi aku buat boleh pula. Aku nak orang faham aku tapi aku faham tak mereka? Aku nak macam itu tapi mereka nak macam mana?
Kita manusia. Kita sering lupa. Kita selalu memikirkan tentang diri sendiri. Tetapi pernahkah kita memikirkan tentang orang lain? Pernahkah kita mencuba untuk melihat dari perspektif orang lain? Pernah tak? Cuba kita muhasabah diri.
Haruslah kita sedar bahawa untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam sebuah komuniti, kita perlulah saling memahami. Ada masanya, aku juga lupa. Aku selalu juga mementingkan diri dan terlupa akan orang yang disekelilingku. Tetapi alhamdulillah sejak kebelakangan ini, aku mula sedar. Aku mencuba untuk memperbaiki diri. Apabila perasaan tidak puas hati atau marah mula muncul, diri ini akan cuba untuk membayangkan jika berada di tempat mereka. Manusia semuanya berperasaan. Disebalik setiap perkara, pasti ada sebabnya. Oleh itu, pasti ada kisah atau sebab disebalik setiap perkara yang dilakukan oleh mereka. Kita tidak boleh mementingkan diri kita sahaja. Kita haruslah bertolak ansur sesama manusia.
Oleh itu, mari kita sama-sama menuju kearah kebaikan dengan memperbaiki diri. Nasihat dan peringatan buat semua dan teruatamanya diri ini yang sering lupa dan leka. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.I-
No comments:
Post a Comment