Tetapi juga menjadi kebiasaan manusia untuk mencari Tuhan hanya apabila didatangi kesakitan atau kesusahan. Mengapa? Mengapa hanya apabila kesusahan kita mencari Tuhan?
Tuhan sentiasa ingat kepada hambaNya, tetapi hambaNya selalu lupa akan Tuhan. Adakah susah sangat untuk kita selalu ingat kepada Allah? Susah sangat ke? Tetapi mengapa tidak susah untuk kita ingat perkara-perkara duniawi? Perkara-perkara yang tidak berfaedah? Mengapa?
Sesungguhnya, cuba kita muhasabah diri kembali, berapa banyak kali telah kita lupa? Tidak terkira.
Astaghfirullah.
Ia merupakan lumrah manusia untuk lupa. Tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan kita melupakan Tuhan. Tidak.
Maka, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan perbaiki diri kita. Tiada sesiapa di dalam dunia ini yang sempurna. Oleh itu, kita harus saling ingat-mengingati. Bukan hendak menunjuk atau berlakon baik, kerana diri ini sedar siapa diri ini. Peringatan dan nasihat buat semua, terutamanya diri ini yang sering lupa dan leka. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum. Moga Allah memberkati dan meredhai.
-A.I-
No comments:
Post a Comment