Dunia ini penuh dengan rahsia. Termasuklah manusia yang tinggal di dalamnya. Penuh dengan rahsia. Tipulah seseorang itu jika mengatakan bahawa mereka tidak ada rahsia.
Ya, memang kita ada kawan. Kita boleh memberitahu segalanya kepada sesiapa pun. Ahli keluarga. Kawan-kawan. Tetapi pasti ada sesuatu yang tidak boleh kita ceritakan kepada orang lain. Rahsia sendiri. Hanya diri yang mengetahuinya selain Allah yang sememangnya mengetahui segalanya.
Rahsia. Ia juga boleh bermakaud perasaan yang dipendam. Marah. Sedih. Gembira. Semua jenis perasaanlah senang kata.
Kata-kata yang dikeluarkan tidak semestinya apa yang dirasa. Semua orang boleh menipu. Kata gembira, tetapi hati sedih. Kata baik, tetapi tengah marah. Kita tidak boleh terlalu mempercayai kata-kata kerana ia hanya merupakan kata-kata. Tidak pasti kebenaranya.
Selain daripada kata-kata boleh juga kalau dari segi perbuatan. Apa yang dilakukan itu ada kemungkinan dari keputusan sendiri. Tetapi ada juga kemungkinan hanya untuk menyembunyikan sesuatu. Kita tidak boleh percaya perbuatan orang juga. Kerana sesungguhnya mereka ini merupakan orang yang hipokrit. Apa yang dilakukan bukan seperti apa yang dikatakan atau bukan seperti yang hati kehendaki.
Inilah yang dikatakan dunia ini memang penuh dengan rahsia. Termasuklah manusia yang tinggal di dalamnya.
Assalamualaikum dan terima kasih.
-A.Q-
No comments:
Post a Comment