Setiap manusia pasti ada masalah sendiri. Masing-masing ada masalah sendiri. Masing-masing ada hak sendiri.
Aku tak tau kenapa, tapi aku mula berasa takut. Aku mula merasakan bahawa diriku dalam keadaan yang bahaya. Aku mula sedar bahawa aku harus sentiasa berhati-hati. Berhati-hati dalam setiap perkara yang aku lakukan. Aku dah serik. Aku dah penat. Aku tak nak perkara yang sama untuk berulang. Walaupun aku merasakan perkara itu semakin berat, tetapi aku harus cuba.
Apa hak aku? Apa hak kau? Apa hak semua orang? Benarkah hak itu wujud? Ada satu insan dalam hidup aku yang pernah mengatakan bahawa suatu hak itu tidak mutlak jika ia memudaratkan atau membahayakan orang lain.
Tetapi adakah perkara yang aku telah lakukan itu membahayakan orang lain? Entah.
Aku manusia. Kau manusia. Kita semua manusia. Manusia tidak sempurna. Aku tak sempurna. Kau tak sempurna. Kita semua tak sempurna. Siapa sempurna?
Allah S.W.T.
Manusia sering membuat kesalahan. Kerana tiada manusia yang sempurna. Ia merupakan satu lumrah manusia untuk melakukan kesalahan. Dan mereka yang belajar daripada kesalahan tersebut merupakan antara manusia yang terbaik.
Masalah. Semua orang ada masalah sendiri. Tidak kira sama ada kecil atau besar. Masing-masing ada masalah mereka sendiri yang harus mereka hadapi. Aku faham.
Aku sedar dunia ini penuh dengan manusia lain. Semua orang adalah sama. Tiada yang lebih penting. Tiada yang kurang penting. Aku sedar bahawa dunia ini bukannya berputar disekeliling aku.
I'm not the centre of the universe. And I know that.
Dan itulah sebabnya. Itulah sebabnya aku tidak menceritakan segalanya terus kepada seseorang. Sebab aku sedar orang lain juga mempunyai maslah mereka. Aku rasa bersalah. Aku rasa bagaikan aku membebankan seseorang itu jika aku bercerita.
Aku takut. Aku sedih. Aku tak kuat.
Assalamualaikum dan terima kasih.
-A.Q-
No comments:
Post a Comment