Thursday, 9 October 2014

#8

Perasaan.

"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart."

Tidak boleh dilihat. Tidak boleh disentuh. Hanya boleh dirasa dengan hati. 

Perassan.

Suka.

Duka.

Gembira.

Sedih.

Dapat dirasa dengan hati. Tetapi tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. 

Soal hati dan perasaan, ia merupakan sesuatu yang sangat kompleks. Ia merupakan sesuatu yang normal bagi manusia untuk berperasaan. Kerana sesungguhnya,

"Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui." (Surah Yassin: Ayat 36)

Ia merupakan suatu lumrah manusia. Tetapi ia juga merupakan sesuatu yang boleh dikawal. In shaa Allah dengan bantuan Allah. 

Harus kita ingat bahawa Allah merupakan Tuhan yang Maha Berkuasa. Dia merupakan Tuhan yang Maha penyayang.

Kita mempunyai perasaan dan cinta itu juga merupakan sesuatu yang biasa.

Tetapi ingat, cinta itu besar. Cinta kepada Allah. Cinta kepada Islam. Cinta kepada Nabi. Cinta kepada benda. Cinta kepada manusia...

Tetapi sesungguhnya yang paling penting adalah cinta kita kepada Allah. Dengan adanya cinta kepada Allah, in shaa Allah segalanya akan dipelihara dan dibantu oleh Allah. 

Oleh itu, cintalah Allah. Itu sahaja untuk kali ini. Moga Allah memberkati :) Assalamualaikum dan terima kasih ~~~

-A.Q-

No comments:

Post a Comment