Wednesday, 8 October 2014

#7

Ego. Perkataan yang begitu pendek tetapi membawa maksud yang begitu besar.

"To walk around with an ego is a bad thing. To have a confidence in yourself is a great thing."

Berdasarkan pernyataan diatas, dapat kita lihat bahawa terdapat perbezaan antara ego dan keyakinan diri. Walaupun ego itu ada kaitan maksudnya dengan keyakinan diri, ia tetap merupakan sesuatu yang lain jika dibandingkan dengan keyakinan diri. Sebagai contoh, ego akan berkata 'aku tidak mungkin akan membuat kesilapan' manakala keyakinan diri akan berkata 'aku boleh buat ini dengan sebaiknya'. Nampak tak perbezaannya?

Selain itu, ego adalah apabila kita membuat perbandingan dengan orang lain. Ego memerlukan pujian dan perhatian orang ramai. Dengan ego, perbandingan dengan orang lain sangat penting kerana dengan perbandingan itulah mereka akan merasakan kehebatan mereka.

Tetapi, keyakinan diri itu lebih kepada kepercayaan dan kebenaran kepada diri kita. Dengan keyakinan diri, perbandingan, pujian, perhatian dan sebagainya itu tidak diperluakan kerana sesungguhnya keyakinan diri itu bukan berdasarkan faktor-faktor luaran tetapi faktor-faktor seperti kepercayaan kita terhadap diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang baik dengan yang terbaik.

Ada masanya apabila ego ini penting, apabila ego itu diperlukan. Tetapi kebanyakan masanya ia merupakan sesuatu yang buruk. Antara sebabnya adalah ego ini akan menyebabkan kelahiran pelbagai sifat negatif yang lain. Sebagai contoh, sifat hipokrit, mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Oleh itu, harus kita elak daripada sifat ego ini dan menanam keyakinan diri yang tinggi.

Itu sahaja untuk malam ini :) Moga Allah memberkati. Assalamualaikum dan terima kasih ~~~

-A.Q-

No comments:

Post a Comment