Monday, 13 October 2014

#9

Hidup ini penuh dengan cabaran. Pelbagai jenis cabaran dan dugaan. Aku rindu akan zaman kanak-kanak aku. Sewaktu itu, aku tidak memahami lagi erti kehidupan. Aku hanya tahu aku telah lahir di dunia ini dan suatu hari nanti aku akan membesar seperti mak dan ayah aku.

Pada zaman kanak-kanakku, aku masih belum mengetahui kehidupan sebenar. Pada masa itu, ia bagaikan kehidupan ini tiada masalah.

*ketawa*

Betapa kecil nya diri aku seketika dulu. Betapa naifnya aku dulu.

Aku semakin membesar. Kita semua semakin membesar. Tetapi aku belum lagi memahami kehidupan sebenar ini. Kerana aku masih lagi seperti apa yang mereka sering katakan, 'kanak-kanak ribena'. Aku bergembira seperti kanak-kanak lain. Di sekolah rendah, aku merasakan diriku sudah besar, walaupun hakikatnya aku masih lagi seorang kanak-kanak yang baru hendak belajar erti kehidupan ini.

Kini, baru aku faham. Baru aku memahami erti kehidupan ini. Ya, mungkin aku masih muda unutk mengatakan begitu. Tetapi baru aku sedar bahawa inilah kehidupan. Dan masih banyak yang belum aku lalui dan bakal aku lalui. Namunm, aku takut. Aku takut jika aku tidak mampu untuk bertahan. Aku takut jika aku tidak cukup kuat untuk semua yang bakal aku lalui. Di sekeliling aku, aku dapat lihat beberapa orang insan yang pada pendapat aku, mereka sangat kuat. Aku berasa sedih kerana mereka itu sangat bermakna dalam hidup aku. Aku takut jika pada suatu hari nanti, aku harus menghadapi seperti apa yang mereka hadapi. Aku tidak cukup kuat seperti mereka. Walaupun apa yang aku sedang lalui ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan apa yang mereka hadapi, aku sudah merasakan ia seperti suatu bebanan dan dugaan yang besar. Aku takut.

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan dalam kehidupanku, ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusan mereka yang akan sayangi ya Allah. Aamin.

Assalamualaikum dan terima kasih.

-A.Q-

No comments:

Post a Comment