"Cuba kau pulak teka siapa yang, bagi aku, susah untuk ditafsir."
"Aku bagi kau tiga nama, lepas tu kau bagitahu aku ada tak dia tu dalam nama-nama yang aku sebut tu."
"Okay." *angguk*
"Hamba Allah1, Hamba Allah2, Hamba Allah3."
"Takde."
*senyum* "Dah agak dah. Hm kejap."
*senyap*
"Kalau aku cakap diri aku, nanti kau cakap aku perasan."
*senyum*
"Kalau aku kata Anis Ilyana, nanti kau gelak pulak…"
"Eh kenapa aku nak gelak pulak?" *kening angkat sebelah*
"Ye lah. Takkan lah…"
*senyum* "Betul lah tu."
Pelik sangat ke? Pelik ke kalau aku tak boleh tafsir diri sendiri? Kenapa aku tak boleh tafsir diri sendiri?
Sebenarnya bukan aku tak boleh. Tapi aku susah untuk tafsir diri aku. Kadang-kadang, aku sendiri tak faham dengan diri aku. Aku pelik dengan diri aku.
*berfikir*
Aku rasa memang pelik pun kut. *ketawa*
Ada seseorang yang mengatakan bahawa ia boleh menjadi suatu perkara yang bagus (entah kenapa, aku pun tak faham, dia pun tak terangkan lebih lanjut) dan juga suatu perkara yang menyakitkan hati. Ia terletak di tangan kita untuk menentukan adakah ia bagus atau menyakitkan hati. Tetapi sungguh aku tak faham.
Bagi aku, ia perkara yang sangat menyakitkan hati, membebankan dan menyedihkan. Hanya menyerabutkan kepala saja. Cuba bayangkan, anda melakukan sesuatu tetapi tidak mengetahui kenapa sebenarnya anda melakukan perkara tersebut. Tidakkah pelik? Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.
-A.Q-
No comments:
Post a Comment