cantik.
apa yang cantik?
entah. apa yang cantik?
Allah Maha cantik.
semua makhluk Allah cantik. tidak boleh dinafikan.
tetapi kenapa diri ini sering mengatakan yang sebaliknya? kenapa diri ini sering menafikannya?
astaghfirullah.
seringkali diri ini mengatakan bahawa diri ini tidak cantik. buruk. hodoh.
seringkali diri ini lupa bahawa makhluk Allah, ciptaan Allah semuanya cantik.
hanya persepsi orang terhadap orang yang berlainan. mungkin ada yang berpendapat seperti dia ni lagi cantik. dia ni kurang cantik. dan sebagainya.
tetapi hakikatnya, semua cantik. semua ciptaan Allah cantik.
hanya beberapa perkara yang membezakan kita semua.
dan sebenarnya perbezaan antara kita semua lah yang menjadikannya lebih cantik.
oleh itu, janganlah kita berpendapat bahawa seseorang ini tidak cantik dan sebagainya dan janganlah kita mengatakan bahawa diri kita ini tidak cantik. kerana sesungguhnya ciptaan Allah itu SEMUANYA cantik.
sekian terima kasih. assalamualaikum. moga Allah memberkati.
-A.I-
No comments:
Post a Comment