Walaupun kita tidak selalu mengucapkan atau mengekspresikan kasih yang wujud antara kita, aku yakin bahawa ia memang wujud.
Walaupun ada masanya dimana aku bagaikan hendak mencekikmu, tetapi aku pasti tanpa kewujudan kau hidupku tidak akan seperti yang aku lalui ini.
Aku rindu. Aku rindu masa dimana kita bergelak ketawa, dimana kita mengambil gambar bersama-sama, dimana kita menyanyi bersama-sama seperti orang gila. XD
Walaupun kita sering bertengkar, namu masih ada memori manis dan indah yang kita kongsi bersama.
Tetapi aku musykil, kenapa kebanyakam masanya kau bagaikan membenci diriku? Apakah kau tidak suka padaku? Apakah aku ini selalu menjengkelkan? Apakah aku ini tidak cukup baik atau sesuai bagi kau?
Sungguh aku sedih pada kadang waktu. Aku sedih, mengapa hubungan kita tidak boleh seperti hubungan orang lain? Mengapa? Aku sayangkan kau. Benar. Aku tidak tipu. Aku sayangkan kau. Tapi mengapa kau bagaikan membenciku?
Sungguh aku tidak tahu.
Tetapi apa-apa pun, aku ingin kau tahu bahawa aku akan sentiasa menyayangimu. Aku sayang kau dan aku rindu kau, kakak.
Sekian terima kasih. Moga Allah memberkati dan meredhai.
Assalamualaikum.
-A.Q-
No comments:
Post a Comment