Dalam hidup ini, kita seringkali menghadapi masa-masa di mana kita akan diuji. Ada juga masanya yang di mana kita akan berharap dengan sepenuh hati. Maka, pada hari ini, saya akan berkata tentang harapan.
Setiap hari, setiap masa, setiap saat, kita akan berharap. Tidak kira berharap apa-apa pun. Dari sekecil-kecil zahra hinggalah ke sebesar-besar dunia. (Baiklah, bahasa malaysia saya kurang bagus, oleh itu, saya minta maaf kalau salah tatabahasa ke apa ke) Sebagai contoh, kita berharap pada hari ini, lauk untuk makan tengahati sedap-sedap belaka. Selain itu, contohnya, kita berharap kita dapat melanjutkan pelajaran di luar negara pada masa akan datang dan sebagainya.
Tetapi cuba bayangkan, kita sentiasa berharap. Terlalu mengharap sehinggakan jika ia tidak berlaku, kita akan berasa sedih dan kecewa. Ya, ia sesuatu yang normal.
"Life's under no obligation to give us what we expect."
Daripada kata-kata diatas, dapat kita lihat, bahawa dunia ini tidak akan selalu memberi kita apa yang kita inginkan. Ia dapat dikaitkan dengan post saya yang sebelum ini mengenai kehidupan yang kita merasakan tidak adil. Sebagai contoh, kita inginkan sesuatu, tetapi kita tidak berjaya untuk mendapatkannya. Ya, kita akan merasakan bahawa hidup ini tidak adil. Tetapi harus kita ingat bahawa kita harus sentiasa berfikir bahawa disebalik segala yang terjadi, pasti ada hikmahnya.
"Every cloud has it's silver lining."
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin kita akan merasakan bahawa sesuatu itu adalah yang terbaik buat kita. Tetapi jika kita tidak mendapatnya, kita harus percaya bahawa ia merupakan yang terbaik untuk kita kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Ya, kita boleh berharap tetapi jika ia tidak berlaku, haruslah kita redha dan menerima segala perancangan Allah untuk kita dan juga yakin dengan-Nya. Moga-moga Allah memberkati kita semua :) Dengan ini assalamualaikum dan selamat malam...
-A.Q-
No comments:
Post a Comment