Monday, 6 October 2014

#5

Pernahkah anda meragui pilihan anda untuk melakukan sesuatu? Pada mulanya, anda merasakan bahawa ini adalah perkara yang terbaik. Tetapi selepas itu, keputusan anda itu bagaikan membunuh anda sendiri. Begitu pedih rasanya.

"You can't blame anyone else, ..., no one but yourself. You have to make your own choices and live every agonizing day with the consequences of those choices."

Sesuatu keputusan itu pasti akan ada kesan, sama ada baik atau buruk. Ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Dan disebabkan kita sendiri yang membuat sesuatu keputusan, tiada lain yang boleh dipersalahkan kecuali diri kita sendiri, Oleh itu, kita harus lalui setiap hari dengan akibat yang telah disebabkan oleh keputusan itu.

"Behind every beautiful thing, there's some kind of pain."

Banyak tafsiran yang boleh dibuat daripada pernyataan di atas. Antaranya adalah seperti yang dikatakan sebelum ini, Pada mulanya, keputusan yang kita buat itu mungkin kelihatan seperti yang terbaik. Tetapi di sebaliknya, ternyata ada kesakitan atau akibat yang harus dihadapi. Tidak kira berapa kecil kesakitan itu, kita pasti akan merasakannya seperti suatu kesakitan yang amat besar. Tetapi itulah perkara-perkara yang harus ditanggung jika membuat suatu keputusan.

"The damage was permanent; there would always be scars. But even the angriest scars faded over time until it was difficult to see them written on the skin at all, and the only thing that remained was the memory of how painful it had been."

Seperti yang dikatakan dalam pernyataan di atas, kesakitan itu hanyalah sementara. Yang kekal ialah memori bagaimana ia telah menyebabkan kesakitan kepada kita. Dan ini merupakan lebih menyakitkan.

Assalamualaikum dan terima kasih ~~~

-A.Q-

No comments:

Post a Comment