Wednesday, 22 October 2014

#21

2014.

Semestinya tahun yang paling tidak boleh dilupai. Tahun yang paling banyak didatangi cabaran dan masalah. Tahun dimana pelbagai perkara dan kejadian yang penting dan bermakna terjadi. Tahun di mana aku bertemu dengan insan-insan baharu yang mewarnai hidupku. Dan setakat ini, tahun yang merupakan plot twist kepada hidupku selama lima belas tahun.
Secara jujurnya, selama lima belas tahun hidupku, tahun ini merupakan tahun yang paling bermakna. Mengapa? Entah. Sungguh aku tidak tahu. Mungkin kerana terlalu banyak sebab yang telah menyebabkan aku kurang pasti dengan jawapannya.

Banyak kejadian yang telah berlaku pada tahun 2014 ini. 

Langkahnya aku ke Kolej PERMATApintar Negara. Sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun hadapan. Sebagai seorang pelajar yang harus mula berfikiran jauh, berfikir mengenai masa hadapan diri. Langkahnya aku ke alam realiti. Aku kini faham erti sebenar sesuatu dugaan, sesuatu cabaran. Bertemunya aku dengan insan-insan yang telah mengubah hidupku. Insan-insan yang telah mewarnai hidupku dengan pelbagai jenis warna.

Bagiku, tahun ini adalah tahun yang banyak mengubah hidupku. Ada yang buruk ada yang baik. Tetapi aku masih mencuba untuk mengubah yang buruk. Aku masih mencuba untuk mencari kekuatan diri, untuk menabahkan hati. Tetapi aku bersyukur kerana dengan segala dugaan dan cubaan yang Allah turunkan kepadaku, aku mula sedar dan aku mula berubah. Aku bersyukur kerana dengan semua insan yang Allah telah berikan kepadaku, walaupun aku selalu jatuh, aku akan tetap bangkit selepas itu dan aku mula berubah.

Keseluruhannya, walaupun tahun ini mungkin tahun yang aku banyak jatuh, aku tetap bangkit dan aku tetap menganggap tahun ini sebagai satu tahun yang paling bermakna dalam hidupku.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum.

-A.Q-

No comments:

Post a Comment