Mengapa? Adakah menangis itu tanda kelemahan?
Mengapa? Mengapa orang sering menganggap bahawa menangis itu merupakan suatu tanda bahawa diri ini lemah?
Mengapa? Adakah menangis itu dilabel sebagai satu perbuatan lemah?
Mengapa? Sungguh aku tidak faham.
Apa sebenarnya maksud disebalik tangisan itu?
Pasti ada kisah disebalik setiap tangisan.
Sesungguhnya terlalu banyak kisah diesbaliknya.
Terlalu banyak kisah. Terlalu banyak sebab. Terlalu banyak cerita. Terlalu banyak perkara. Terlalu banyak kesakitan.
"Crying is how your body speaks when your mouth can't explain the pain you feel."
Akan sampai satu masa, dimana kata-kata tidak lagi boleh menerangkan apa yang dirasakan. Tiada perkataan yang boleh dikeluarkan. Tiada perkataan yang boleh menceritakannya.
Maka, hanya dengan tangisan kita dapat menceritakan kisah tersebut.
Assalamualaikum dan terima kasih. Moga Allah memberkati :)
-A.Q-
No comments:
Post a Comment