Berubah.
Aku inginkan perubahan. Aku ingin berubah. Aku ingin memperbaiki diri.
Tetapi bagaimana? Aku tidak cukup kuat. Aku takut aku tidak mampu. Aku tidak kuat seperti seorang insan yang aku kenali. Seorang insan yang paling bermakna dalam hidupku. Dulu, aku kurang faham. Aku tidak tahu. Aku tidak sedar.
Tetapi kini, aku mula faham. Aku mula tahu. Aku mula sedar. Betapa besarnya pengorbanan dia. Betapa kuatnya dia menghadapi segala cabaran dan dugaan bersendirian.
Aku takut. Aku tidak sekuat dia. Aku lemah.
Aku tahu masih banyak yang belum aku hadapi. Dan masih banyak yang akan aku hadapi suatu hari nanti. Ia tidak boleh dinafikan. Masalah itu merupakan sesuatu yang akan sentiasa melekat dengan kita dimana jua kita berada. Ia tidak dapat dielak. Tetapi ingatlah bahawa itulah tanda Allah masih ingat kepada kita. Kerana disebalik setiap ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita, pasti ada sebab dan tujuannya.
"Every cloud has a silver lining." -'unknown'
Sungguh aku tidak tahu bagaimana dia dapat menahan segala kesakitan bersendirian. Hanya sedikit, aku sudah jatuh. Aku tewas. Tetapi dia... telah banyak yang dihadapi, tetapi dia masih kuat. Dia masih boleh berdiri kembali. Dan disebabkan itulah, aku akan sentiasa menyayangi insan ini. Aku akan sentiasa mendoakan untuk dia. Aku tidak akan pernah melupakannya. Kerana sesungguhnya insan inilah yang aku panggil sebagai mama ku. Ya Allah, terima kasih kerana telah mengurniakan aku seorang ibu yang terbaik bagiku.
-A.I-
No comments:
Post a Comment