Thursday, 2 October 2014

#1

Assalamualaikum dan selamat.....malam? Haha.

Pernahkah anda merasakan keseorangan? Bagaikan anda hanya seorang di dalam dunia ini, seperti tiada sesiapa pun yang mengambil berat tentang diri anda? 

Sudah pastinya ada. Semua orang pasti akan merasakan sesuatu seperti itu walaupun sekali dalam hidupnya. 

"Life is fair because it is unfair to everyone." 

Saya merasakan pernyataan di atas sangat sesuai dengan perkara yang hendak saya bincangkan ini. Sudah pasti, kadang-kadang kita berfikir 'Kenapa tak ada sesiapa yang kisah tentang aku? Kenapa semua macam tak ambil berat tentang aku? Kenapa selalu aku je yang rasa macam ni? Kehidupan ni tak adil.' 

Tetapi hakikatnya semua orang merasakan benda yang sama. Kita mungkin tidak akan perasan orang lain yang sedang mengalami situasi tersebut kerana kemungkinan kita juga sedang meraskan benda yang sama. Kita boleh lihat dari sini bahawa kehidupan itu semangnya adil kerana ia tidak adil pada semua orang. 

Oleh itu, ingin saya mengingatkan rakan-rakan sekalian untuk jangan bersedih. Ya, mungkin kita akan mengalami satu situasi di mana kita akan sangat sedih dan inginkan ketenangan. Tetapi percaya lah dalam kehidupan ini, tidak kira apa yang terjadi, ia pasti ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu, mari kita sama-sama bergembira dan cuba untuk menguatkan dan menabahkan hati untuk mengharungi segala cabaran hidup. Yakini lah bahawa Allah sentiasa bersama kita walaupun kita merasakan tiada sesiapa yang kisah tentang kita. Dengan itu, terima kasih~~~ 

-A.Q-

No comments:

Post a Comment