Aku hanya ingin menyatakan pendapatku. Ya, benar. Siapa sahaja yang kisah tentang kehidupan kita? Mereka semua tidak peduli. Oleh itu, mengapa harus berhenti. Jika mereka tidak peduli, teruskanlah apa yang anda lakukan itu. Tidak salah. Kerana sesungguhnya ia merupakan hak kita untuk mencoret segala apa yang hendak kita coretkan.
"he'eleh, prmpn ni. nak blog bagai la plk."
"puihh, ingat orang kisah sangat pasal hidup kau?"
LANTAK APA YANG MEREKA HENDAK KATAKAN. Kalau anda tidak kisah mengapa harus komen? Kenapa harus tengok juga apa yang ditulis? Inilah manusia. Sungguh aku tidak faham.
Pada pendapatku, tujuan aku menulis ini adalah kerana dengan cara ini sahaja yang boleh aku luahkan apa yang aku rasakan. Ia merupakan hak kita selagi kita tidak memudaratkan orang lain. Sebagai contoh, di twitter, di facebook, di blog, kita membuka aib orang, atau kita memfitnah orang, itu barulah merupakan sesuatu yang tidak baik dan bukan hak kita kerana hak itu tidak mutlak jika memudaratakan orang lain.
Tetapi sebagai contoh, kita post status di blog, facebook, twitter dan sebagainya tentang diri kita, tentang masalah kita yang ingin kita kongsikan (walaupun ia mungkin tidak diendahkan oleh orang lain), ia tidak salah. Kerana SELAGI KITA TIDAK MEMUDARATKAN ORANG LAIN IA ADALAH HAK KITA UNTUK MENCORET.
Kepada mereka yang kerjanya hanyalah untuk komen perkara yang buruk, anda boleh pergi. Anda boleh 'unfollow'. Anda boleh 'unfriend.' Anda boleh 'block'. Kalau anda tidak suka, kalau anda tidak kisah, PERGILAH!
Assalamualaikum dan terima kasih ~~~
p/s: hanya sebuah pendapat ye shapa sayang... :))
-A.Q-
No comments:
Post a Comment