Monday, 13 October 2014

#10

Aku rasa kehilangan. Aku rasa bagaikan diriku ini semakin menghilang. Semakin larut. 

'Dissolving into thin air.'

Segalanya telah dirungkaikan pada malam itu. Segalanya telah dilepaskan. Segalanya telah diluahkan. Tetapi mengapakah aku seperti masih dapat merasakan sesuatu yang dalam diriku? Seperti ada sisa yang berbaki dalam diriku? Tetapi apakah sisa itu? Apa yang masih dalam diriku ini? Aku tidak tahu. 

Ya, memang kita semua menerimanya dengan hati yang terbuka. Tetapi tipulah jika kita boleh melupakannya begitu sahaja. Tipulah jika kita mengatakan bahawa malam itu tidak memberi kesan yang besar terhadap diri. 

Ya, memang aku sedar. Aku tahu bahawa aku yang bersalah. Ya, aku sedar. Tetapi adakah ia salahku seorang? Seratus peratus? Entah. Tak tahu. 

Memang tidak boleh dinafikan, selepas malam itu, hubungan antara kami semakin rapat. Semakin baik. Segalanya telah dibuka dan ya, memang aku gembira. 

Tetapi aku tidak tahu kenapa aku bagaikan masih merasakan sesuatu yang tersimpan dalam diriku.  

Aku tidak tahu.
Tetapi aku cuba untuk tolak.
Aku cuba untuk sentiasa bersabar.
Aku cuba untuk menahan diri aku.

Dunia ini penuh dengan rahsia. Termasuklah manusia yang tinggal di dalamnya. Sekian terima kasih :)

Assalamualaikum. 

-A.Q-

No comments:

Post a Comment