Sepanjang kita hidup di dunia ini, pelbagai jenis manusia yang telah kita jumpa. Pelbagai jenis ragam. Ada yang pendiam, ada yang bising. Ada yang biasa-biasa sahaja, ada yang luar biasa. Tetapi siapa seseorang itu sebenarnya tidak boleh ditetapkan melalui luarannya sahaja.
"To understand the true quality of people, you must look into their minds, and examine their pursuits and aversions."
Seperti dalam pernyataan ini, dapat kita lihat bahawa nilai seseorang itu haruslah berdasarkan apa yang berada didalam hati dan diri mereka. Kerana...
"So many people are shut up tight inside themselves like boxes, yet they would open up, unfolding quite wonderfully, if only you were interested in them."
Dalam dunia ini, walaupun seseorang itu merupakan seseorang yang bising, yang 'haruk', masih ada sesuatu dalam diri mereka yang mereka tidak tunjukkan kepada orang ramai. Betapa 'outspoken' seseorang itu, pasti masih ada sesuatu yang mereka simpan dalam diri mereka. Disebabkan oleh itu, sesorang itu tidak boleh ditafsirkan dari segi luarannya sahaja.
Selain itu, ada juga manusia yang dari luarnya senyap. Kita tidak boleh menetapkan seseorang itu pendiam selagi kita tidak kenal merela, kerana sesungguhnya seseorang yang sentiasa senyap sebenarnya mempunyai sesuatu dalam diri mereka yang mereka tidak akan tunjukkan jika tidak selesa. Kadang-kadang, ada juga orang yang emnyimpan kerana mereka seringkali disakiti. Mereka berpengalaman perit dan mereka tidak ingin perkara tersebut untuk berulang lagi. Mereka hanya akan membuka diri mereka jika mendapati seseorang itu ikhlas mengenalnya dan tidak akan menyakiti mereka.
Oleh itu, jangan lah kita menafsir seseorang itu hanya berdasarkan luarnya sahaja. Kita haruslah memgenal diri mereka yang sebenar untuk memahami. Baiklah, ini sahaja untuk kali ini. :) Terima kasih ~~~
-A.Q-
No comments:
Post a Comment