"Happiness is not the absence of problems, it's the ability to deal with them."
Dapat kita lihat maksud disebaliknya, iaitu masalah ini memang tidak dapat dielakkan. Malah kebahagiaan dan kegembiraan bukan bermaksud hidup tanpa sebarang masalah, tetapi bermaksud hidup dengan kemampuan untuk menghadapi masalah yang mendatang.
Baiklah, disebabkan masalah itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, satu perkara yang harus dilakukan adalah untuk mengharungi masalah tersebut. Kita mestilah berfikir bahawa masalah ini merupakan ujian yang diturunkan oleh Allah untuk menguji hamba-Nya. Apa pun masalah yang datang, Allah pasti telah ciptakan cara penyelesaiannya. Oleh itu, kita haruslah mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Namun, terdapat juga masalah yang hanya merupakan gangguan semata-mata dan cara untuk menyelesaikannya adalah dengan menolak ke tepi masalah tersebut. Kita harus menyedari prioriti dalam kehidupan. Jangan mudah terganggu dengan masalah yang mendatang. Selain itu, ada juga masalah yang cara penyelesaiannya adalah dengan menerima hakikat dan redha dengan ketentuan Allah.
"Every problem is a gift - without problems we would not grow."
Tanpa masalah, kita tidak akan membesar. Tanpa masalah, kita tidak akan berfikir. Tanpa masalah, kita tidak akan mengembangkan diri kita. Walaupun masalah ini merupakan sesuatu yang memenatkan, tetapi ia memberi faedah kepada kita. Masalah membantu kita untuk mematangkan diri, untuk berlatih berfikir. Oleh itu, haruslah kita berterima kasih kepada Allah kerana sesungguhnya masalah itu merupakan sesuatu anugerah Allah kepada kita.
Maka, marilah sama-sama kita bersabar dan mengharungi segala masalah yang datang dengan hati yang terbuka :) Baiklah, terima kasih semua untuk membaca.
-A.Q-
No comments:
Post a Comment