Thursday, 23 October 2014

#23

Kenapa? Aku kurang faham. Kenapa perkara seperti ini harus berlaku? Kenapa ia sering berlaku? Aku penat. Aku letih.

Setiap kali. Aku cuba. Aku berusaha. Dan aku yakinkan diri bahawa aku boleh. Dan aku tetap berjuang. Tetapi pasti ada yang akan menghalang. Pasti ada yang membuat aku berpusing kembali. Pasti ada yang menahan diriku untuk terus berjalan meninggalkan segalanya di belakang.

Kenapa? Adakah benar apa yang aku rasakan ini? Ataupun adakah tidak? Apakah ia perkara yang sebenar? Sungguh aku tidak tahu. 

Ataupun mungkin aku masih lagi muda dan kurang matang untuk memahaminya. Mungkin belum masanya lagi. Mungkin betul apa yang mereka katakan. Mungkin betul apa yang mama selalu katakan. Aku harus kuat dan berhenti segalanya. Aku harus! Aku mesti! Aku boleh!

Sekian terima kasih. Moga Allah memberkati. 

Assalamualaikum.

-A.Q-

No comments:

Post a Comment