Monday, 13 October 2014

#13

Perselisihan faham. Andaian. Pendapat. Anggapan.

Semuanya tidak tahu. Semuanya tidak pasti kebenarannya. Aku pelik. Bagaimana perkara kecil boleh menyebabkan suatu perkara yang agak besar? Suatu perkara berlaku yang disebabkan oleh sesuatu yang kecil. Tidakkah pelik?

Hakikatnya, tidak. Ia tidak mustahil.

Tetapi apa yang telah berlaku terhadap diri ini beberapa hari yang lepas, membuat aku terfikir. Adakah itu benar puncanya sebenarnya?

Aku rasa tidak.

Aku rasa perkara itu hanyalah sesuatu yang mencetuskannya. Mencetuskan api yang marak yang sebenarnya telah wujud sebelum ini lagi. Aku merasakan seperti Allah hanya ingin membantu agar hubungan kita akan baik dengan secepat mungkin. Allah Maha Mengetahui. Allah mengetahui apa yang terbaik bagi kita semua. Dan aku yakin apa yang telah berlaku beberapa hari yang lepas merupakan suatu tanda daripada Allah. Tanda daripada Allah bahawa sudah tiba masanya untuk kita berbincang tentang perkara-perkara yang perlu dibincangkan.

Dan alhamdulillah segalanya telah diselesaikan.

Tetapi sejak daripada kejadian tersebut. aku sentiasa mencuba untuk bersabar dan melupakan segala perkara yang telah melukakan itu.

Assalamualaikum dan terima kasih ~~~

-A.Q-

No comments:

Post a Comment