Monday, 3 November 2014

#34

Kata.

Disebalik kata.

Disebalik setiap kata, pasti ada makna.

Sama ada tersurat mahupun tersirat. Sungguh aku tak tau. Aku tak tau bagaimana nak melihat maksud yang tersirat.

Hm. Ye ke? Sebenarnya bukan tak tau, cuma takut. Aku takut. Aku tak berani nak tafsir apa yang dimaksudkan disebalik setiap kata. Mungkin kerana aku dah serik.

Setiap kali aku cuba untuk mencari apa yang tersirat itu, aku akan sakit. Setiap kali aku jumpa apa yang tersirat itu, aku akan mula percaya. Tapi selepas itu, aku akan sakit. Sebab setiap kali, perkara yang aku tafsirkan dan percaya itu bukan yang sebenar. Bukan perkara yang betul. Dan aku sakit disebabkan itu.

Oleh itu, apabila mereka mengatakan apa yang mereka rasakan, sungguh aku juga berfikiran begitu. Tapi aku tak nak percaya. Sebab aku dah serik. Aku dah tak nak. Terima kasih je lah.

Tapi sebenarnya itu juga menyakitkan. Sebab aku tak nak percaya tapi ada sesuatu dalam diri yang bagaikan menarik dan memaksa untuk aku percaya. Hm

Pelik kan?

Tak mengapa. Abaikan sahaja. Sesungguhnya apa yang aku katakan ini tak penting pun sebenarnya. Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.

-A.I-

No comments:

Post a Comment