Sunday, 16 November 2014

#46

As we grow older, we tend to realise many things about life which we have never realised before. We learn about the beauty of life itself. We learn about the uniqueness in living, the uniqueness of life.

Always be grateful with what we have and say alhamdulillah.

"Life is fair because it is unfair to everyone."

Pepatah ini tidak boleh ditafsirkan terus. Kerana jika kita menafsirnya terus, ia akan bermaksud 'kehidupan ini adil kerana ia tidak adil pada semua orang'. Tafsiran ini adalah salah kerana sesungguhnya kehidupan ini adil. Allah yang menentukan kehidupan kita. 

Sebelum ini aku menganggap bahawa itulah maskdu pepatah diatas. Tetapi hanya sekarang, aku faham erti sebenarnya. Kehidupan ini adil kerana setiap orang merasakan bahawa kehidupan ini tidak adil kepada mereka, walaupun hakikatnya kehidupan ini adil. Mengapa orang merasakan begitu?

Sebagai contoh, bayangkan terdapat dua buah keluarga. Yang pertamanya, mereka merupakan keluarga yang kurang berkemampuan manakala yang kedua, mereka merupakan keluarga yang diberi kesenangan. Walaupun begitu, jika dibandingkan antara dua buah keluarga ini, didapati bahawa keluarga yang kurang berkemampuan itu lebih bahagia. 

Berdasarkan contoh di atas, dapat kita lihat bahawa mereka akan merasakan kehidupan ini tidak adil kerana sebuah keluarga tidak mendapat kesenangan dan sebuahnya lagi tidak mendapat kebahagiaan. Nampak tak bahawa sebenarnya kehidupan ini adil? Ketahuilah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Allah itu Maha Adil. Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Semua dalam dunia ini adalah kepunyaan Allah. Segalanya hanyalah pinjaman bagi kita. Kadang kita akan merasakan seolah-olah kita ini tidak pernah diberi apa yang dikehendaki. Tapi ingat banyak kurniaan Allah yang telah diberikan kepada kita. Bersyukur dengan apa yang kita ada, dan in shaa Allah walaupun sedikit, kita akan merasakan bahawa kurniaan Allah itu amat banyak. 

Ingatlah bahawa Allah sentiasa berlaku adil terhadap hamba-hambaNya. Maka mari kita sama-sama bersyukur dan mengucap Alhamdulillah.

Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.

-A.I-

No comments:

Post a Comment