Monday, 3 November 2014

#32

1 November 2014.

Malam yang sangat bermakna. Malam dimana hati ini sehinggakan tidak terkata apa-apa. Malam dimana aku mula sedar betapa aku sangat sayang akan mereka semua. Betapa aku memerlukan mereka dalam hidupku. Betapa aku bersyukur dengan kehadiran mereka dalam hidupku.

Aku mengaku. Sepanjang aku hidup, beberapa persahabatan dengan insan-insan di dunia ini telah dijalinkan. Tetapi antara semua itu, mereka ini lain daripada yang lain. Mereka ini bukan seperti yang lain. Aku kurang pasti kenapa tetapi begitulah. Aku kurang pasti bagaimana tetapi begitulah.

Aku dapat merasakan sesuatu yang berbeza dalam persahabatan ini. Sesuatu yang tiada dalam persahabatan yang lain.

Kasih sayang.

Kasih sayang yang sebenar.

Mungkin.

Tetapi mungkin juga kerana jumlah kami yang sedikit yang membolehkan kami untuk lebih rapat dan lebih memahami antara satu sama lain.

Sungguh aku sayang mereka. Walaupun ada masa dimana aku merasakan panas di hati, sayangku kepada mereka tidak akan padam. 

Moga persahabatan ini kekal ke Jannah. In shaa Allah :')

Sekian. Assalamualaikum. Moga Allah memberkati.

-A.I-

No comments:

Post a Comment