Sabr. Sabar. Sabar ye anis.
Sejak kebelakangan ini, aku mula nampak. Sebelum ini aku tidak nampak. Aku bersyukur sangat.
Sebelum ini, Allah sentiasa bantu aku. Tapi aku tak pernah sedar. Aku tak pernah nampak. Tapi kebelakangan ni, memang benar. Aku betul-betul nampak. Baru aku sedar bahawa selama ini Allah sentiasa disisiku. Allah sentiasa bantu aku. Allah sentiasa lindungi aku. Tapi aku tak pernah sedar. Sekarang baru nak sedar.
Astaghfirullah.
Mungkin sebab aku tak pernah rasa seteruk ini. Mungkin sebab sebelum ni aku tak pernah selemah ini. Mungkin sebab aku tak pernah rasa seserabut ini. Ya. Mungkin. Semuanya mungkin.
"Kau rasa sedih ke, gembira ke, pelik ke, apa ke, satu tempat je yang kau boleh cari jawapannya, al-Quran. Semua jawapan kepada persoalan kita semua ada dalam kitab tu. SEMUANYA. Tiada yang terkecuali."
Hm. Dah lama. Aku mengaku. Dah lama aku tak pegang dan betul-betul meluangkan masa aku untuk membacanya.
Apa nak jadi anis? Kau dah kritikal sangat ni. Dah tahap kronik dah ni. Dah teruk sangat dah ni! Kau sedar tak anis? Kau sedar tak?!
Huh. Buat apa cakap kat sini panjang-panjang, kalau kau masih tak sedar? Pelik lah kau ni. Manusia jenis apa pun aku tak tau.
ALLAH T.T
-A.I-
No comments:
Post a Comment